Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Khamis, April 30, 2009

Ggggrrrr...geramnya...

Baru jap ni sy perasan yg pintu sliding door sy tak berkunci sepanjang malam tadi hinggalah sepanjang siang tadi!!! Elok aje kuncinya tergantung kat grill.
Ni semua keje En din! Dia memang tiap2 mlm buka sliding door tu coz kat situ port dia smoking tp setiap kali lepas smoking bukannya dia nak tutup terus pintu tu. Dia biarkan dulu, bila nak masuk tidur baru dia tutup. Kadang2 sy pulak jd tukang tutup coz dia dah menonong masuk bilik bila dia dah tertidur depan tv. Yg buat sy atau dia tak perasan yg pintu tak kunci coz langsir sliding tu tak berikat.
Isssshhhh..... ni yg sy nak bebel ni. Mujur dia lom balik dr keje. Sempat lg sy nak cool down ni.
Dah lah dgn laptop dia tak kemaskan lepas guna. Terbiar aje kat ruang tamu. Bukan sy tak pesan, tp dia amik ringan. Syukur lah tak de apa2 yg berlaku & minta2 dijauhkan dr perkara yg tidak diingini.
Apapun sy tetap kene bebel kan skit kat dia. Biar dia ingat sampai mati pesanan sy ni !!!!!
***Bila marah tulisan kene merah, kononnya marah sgt tp memang sy marah!!!


Khamis, April 30, 2009

Tag dari CPM Honey

Tag ni dari bulan 1 sy terima tp sy leka sampai lupa nak buat. Tadi dpt warning lagi dr cikgu yg bg tag ni....
Uuuwwaa.. wat CPM Honey, ni dia utang tag dari aku. Ampun ya CPM..hihi :)

The rules are:

Do not copy answer

*The tag question must be 100% the same

*Tag people after doing tag (nak bgtau jugak : tak mo tag org!)

1)En. Hubby

2)Kak Eli

3)Shida

4)Jihah

5)Alyne

6)Dhiyyah

7)EKIN MAWI

8)Jiran saya - IDA

9)Sha (PCM)

1. HOW DO U KNOW 1 ?

- Kenal dari sek.menengah. sy pernah admire dia,lps tu kami kenal2 then lost contact beberapa tahun. Melalui kakak angkatnya kami contact balik tp just a friend. 1 day dia dtg mlk & jumpa sy. Dia mengadu nasib coz baru clash dgn ex-gfnya. Lps jumpa, dia anta sy balik. Sblm sy turun kete dia ada bgtau sy, "lps ni kalo dia ada gf semula, dia tak mo tunggu lama2. Tak mahu pisang berbuah 2kali." Sejak tu kami agak rapat then kira2 2 bulan lps tu kami declare as a couple, tak silap masa tu sy baru balik dr pertunangan cpm honey. Dan, bermula lah ceritera cinta kami... ;)

2. WHAT WOULD U DO IF U NEVER MEET 2?

- SMS je, tp dolu2 kami saling utus mengutus surat...

3. WHAT WOULD U DO IF 3 N 4 DATED U?

- Shida, dia ghajin melayan. Jd suka kuar soping dgn dia, leh gitu dek non? =P Jihah...pantang tul kalo sy jumpa dia. tentu sy akan suh dia masagge dr ujung rambut hingga ujung kaki. Best wwwooo urutan dia walaupun kadang2 menyakitkan,hehehe...

4. WOULD 5 N 6 MAKE A GOOD COUPLE?

- A'ah, mana leh jadi couple ek...?

5. DO U THINK 7 IS ATTRACTIVE?

- Of course lah, nama pun artis. Tp sy suka if dia mekap nipis2 gitu... ;)

6. DO U KNOW ANYTHING ABOUT 8'S FAMILY?
- Mesti lah kenal walaupun jarang berbual. Dia ada anak lelaki yg comel & sorang lagi baby girl yg baru aje lahir. pantang pun tak abis lagi.

7. TELL ME SOMETHING ABOUT 9?

- Kenal melalui forum,tak pernah jumpa,tak pernah berbual just sms. Tp dia sorang yg take care & baik. Dulu dia mcm sy gak, sukar nak peknen tp now dia dah dpt apa yg dia idamkan. Alhamdulillah...

8. WHAT LANGUAGE DOES 2 SPEAK?

- Dah tentu bahasa ibunda kita kan. Tp sy tahu dia pandai speaking english jgk coz dia pandai...

9. WHO IS 3 GOING OUT WITH?

- Selalunya kalu tak kuar dgn bakal husband dia, dia biasanya akan kuar dgn sy tak pun adik dia ain. Tp tak lama lg dia nak kawen. Tentulah setiap masa dgn husband dia :)

10. How old is no.4?

- 16 Tahun, form 4.

11. 5?

- Dia sebaya aku 27tahun, lahir pun bulan yg sama cuma beza pada tarikhnya.

12. Who is 6's favourite singer?

- alamak! tak tahu lah pulak tp rasanya artis antarabangsa kot. bukan apa, dia asik nyanyi lagu omputih aje.

13. 7?

- tak kuasa aku nak amik tahu. Mybe laki dia mawi tu kot...

14. Is 8 single?

- Oh no! Dia dah berkeluarga tau. td kan dah bagitau.

15. What's 9 last name?

- Nama penuh dia pun sy tak hafal coz panjang tp sedap bunyinya.

16. Would u consider being in a relationship with 1?

- Dah tentu lah, kata sehidup semati...hihihi

17. Which school does 2 go to?

- Dari sekolah rendah ke menengah dia sekolah kat wangsa maju tu.

18. What do like about 3?

- Nama je dah nak kawen tp dia minat dgn kartun princess =P

Akhirnya,
Syukur dah selesai.... :)

Khamis, April 30, 2009

TAG DARI FIZA HAMID

Sy pi jenguk blog junior sy masa sekolah agama dulu. Leh kan sy tak perasan yg beberapa entry dia yg lepas ada tag utk sy. So tak mahu peram2 nanti terus sy lupa, sy pun buat lah. Lg pun tak perlu pic bagai. Jd senang keje....

NICK NAME

  • ayun (panggilan dalam family sy)
  • along (kwn2 masa sekolah agama kat tg bidara, mlk)
  • niza (kebanyakkan kwn2 yg lain memang panggil nick name ni termasuk lah keluarga sebelah en dn)
  • mama/sayang (Anak2 buah sy panggil mama. En Din lak kadang2 panggil mama, kadang2 dia panggil sayang...aauuwww!!!)

SIFATKU

  • kadang2 bila dah nak sampai time bendera merah naik, sy cepat rasa nak marah.
  • tp bila dah marah, mula rasa menyesal & kesian kat org yg sy marah tu.
  • prihatin dgn hal ehwal keluarga.

Banyak lagi nak terangkan tp nanti panjang lah pulak. Cukuplah yg kat atas tu aje... =P

INSAN ISTIMEWA

  • Tentu lah En. Din sy, tak lupa juga family sy....

LAGU PEBERT

  • Banyak... tp la ni sy minat sgt dgn lagu dari alya - tak mungkin kerna sayang.

MAKANAN PEBERET

  • Yg pedas2 spt sambal. Tak kira lah apa jua sambal, acik bedal aje....

WARNA PEBERET

  • Sy ni bukan fanatik sgt terhadap satu2 warna. Sy suka semua warna janji pada pandangan mata sy bende berwarna tu mesti lah cantik.

3 BENDE WAJIB DALAM HANDBEG

  • Wallet ***penting ni! leh pengsan kalu bende ni tak de
  • Handphone
  • Personal note book ***ala-ala diari lah

DRAMA AIRMATA TERAKHIR, KENAPA?

  • Ada...ada.... tp sy lupa lah. leh gitu? hihihi..yg pastinya memang ada drama yg membuat airmata sy bergenang. Napa bergenang tidak meleleh? Coz sy dok cover dari En Din, malu ooo kalu dia nampak sy nangis :/

SILA MENGETAG 6 ORANG

  • Malas nak tag coz ada lg tag yg sy dpt tp tak buat2 even dah berbulan. Acik lupo lah weiii.....

Rabu, April 29, 2009

Teka Teki Yg Tiada Hadiah

Pagi tadi ada mesyuarat agung PUSPANITA kementerian. Tengahari tu ada disediakan makanan tp yg dah siap di pack lah. Bila tgk menunya nasi beriani, tekak sy ni tak de selera nak mkn beriani. Lgpun badan tak berapa nak sihat. Jd tekak tak sedap. Sebab tu sy pun pi lah sebuah cafe yg baru bukak kat sebelah bangunan opis. Memang lately ni sy & the gang ghajin kesana. konon nak ubah selera. Okey lah masakkannya, not bad....

Arini sy tgk lauknya nampak sedap2 aje, selera sy walaupun hanya tengok gitu. So sy amik :

  • nasi putih separuh
  • udang masak rempah yg tak berapa nak rempah &
  • sayur taugeh goreng

Uols agak2 berapa RM yg patut dikenakan dgn lauk2 di atas tu?

Sy nak wat teka teki skit tp teka teki ni tak de hadiah, hihihi.... coz kwn2 opis sy yg baca blog ni sudah tentu tahu berapa rm harga di atas. so tak adil kan....

utk pengetahuan uols, udang yg sy amik tu bukanlah udang galah mahupun udang harimau. Hanya lah udang yg halus2 aje, yg biasa sy gunakan utk letak dlm mee, mihun. Silap lak semalam sy tak amik pic nye, kalu tak leh sy tunjukkan kat uols kan... Lg senang uols nak tolong nilaikan...

Jgn lupa tau tolong bg jawapan.... tq :)

Isnin, April 27, 2009

Puas Dalam Tidak Puas

Assalamualaikum
Apa je lah tajuk entry sy kali ni kan... :/

Akhirnya dpt jugak sy jejak kaki ke pesta buku. Walaupun nak nafas pun payah, jalan pun berselisih bahu je. Tak de ruang langsung tp sy rasa kejadian tu hanya berlaku kat dewan tun hussein onn je. kat dewan lain okey aje walaupun orang ramai. Tp sebab dah minat sy redahkan jugak lah... sy memang suka pi pesta buku ni, selagi sy sihat & mampu berjalan sy sanggup pi even org bersesak-sesak. kalu en din malas nak bawak sy, sy leh je naik komuter dgn SIL coz SIL sy pun 2x5 jugak dgn sy :)

Meh kita tgk apa yg sy beli....



Majalah2 & buku kanak2 tu opismate sy kirim.



Buku rujukan terbitan pelangi utk adik sy jihah. Mahal weiii buku rujukan sekarang. Tak jumpa dah yg berbelas ringgit mcm zaman kita sekolah. Satu buku je paling murah RM22.95, yg tebal sikit RM29.95. Mujur ada diskaun, dpt lah kurang skit. Tu pun sy amik 4 subjek yg penting2 aje....



Buku latihan utk jihah & aina. Ni sy beli kat sasbadi, kat pelangi byk yg dah abis buku latihannya. Ni pun dpt diskaun jugak walaupun skit.


Ni pun untuk aina.... Ada lagi buku utk anak2 buah sy tp mereka punya sy dah bagi mereka. Itupun sy just sambar je mana yg sesuai. Tak sempat nak pi jelajah booth2 yg lain...

Tp kan untuk diri sendiri sy just beli yg kat bawah ni je.... Alahai...awat yg ni je??? Kalu gitu kat kedai mamak pun kau leh beli...hihihi


Ekceli tujuan sy pi pesta buku kali ni lebih kepada nak carik buku2 utk adik2 sy. Mereka lebih memerlukan bahan rujukan berbanding sy. Lgpun tangan sy dah naik genting mengangkut buku2 yg dah sedia ada. En din lak tak follow sekali coz sambil menunggu sy & SIL dia pi soping kat the mall. Dia kan mana suka nak pi tempat yg bersesak-sesak ni. SIL sendiri pun dah penuh tangan dengan buku2 yg dia beli.


Apapun sy lega dpt belikan adik2 buku :)
Sy nak kongsi 2 tips yg sy praktikkan sendiri bila nak pi pesta buku ni:
  • Sebelum nak pergi sy akan listkan senarai2 buku yg sy nak dgn layari internet. Yg utama sy perlu tahu buku2 tu keluaran syarikat mana. **Tp kan list yg sy senarai kan tu tertinggal kat opis! Poyo je!!! tu pun salah satu sebab sy tak dpt nak carik buku2 yg sy nak. Otak pun masa tu dah bluurr dgn keadaan yg sesak2 tu. jadi tak leh nak pikir. Kalau masa kat pesta buku tu nanti kita terkenan buku2 yg lain tu tak pe, janji yg kita nak tu kita dah list. Kalu tak jumpa, leh tanya terus kat salesgirl / salesman so derang akan tolong tunjukkan.

dan

  • Sy jugak akan semak pelan lantai yg dah disediakan kat laman web pesta buku tu. Kat situ sy akan carik syarikat penerbitan yg popular & syarikat yg sy nak tuju. sy listkan kat tingkat mana, dewam mana, nombor2 booth. So senang sy nak carik....

Tu pun kalau uols pi sana dgn tujuan nak beli buku. Kalau tak de tujuan tu tak tahu lah pulak sy kan...hihihi. Tp ni ada lah cara sy, uols lak maybe ada cara tersendiri. So leh kongsi2kan dgn sy juga ye.. :)

p/s: masa nak balik sy lalu jalan TAR, uols tahu jalan TAR semalam lenggang..... Memang hepi lah kalu ada yg pi sana semalam. Mana pi org2 yg selalu bersesak kat jalan TAR tu padahal gov kan dah gaji? Eeerrmmm, mybe mereka semua bersesak-sesak pula ke pesta buku kot....

Sabtu, April 25, 2009

TV oh TV

Kami suami isteri sedang menggeram !!!
Tv umah kami rosakkk...
Apakah maknanya itu???
Nak minta tukar?
Oh tidak... tv tu baru 4 tahun guna. bukan pun tak de brand. bukannya cap ayam punya tv.
bukannya ada bebudak kat umah ni yg bukak katup tv tu.

Dah seminggu tv tu buat hal tp still leh on walaupun power dia mcm sampai tak sampai. then bila dah on, gambarnya kejap hilang kejap ada. Tp mlm ni terus tak leh nak on. Meroyan le makcik senah nak tgk konsert af. Dah lah lagu best2 gitu.....

Sekarang ni En din tgh berusaha repair tv tu sendiri. tertonggeng terbalik dia dok mengerjakannya. Nak snap pic dia, takut dia marah coz dia tak pakai baju (tp suar pakai tau!). Hope okey lah kan tp kalu k.o esok kene lah antar kedai utk repair. Siapkan je lah pulusnya ye.... :/

**Dah leh on. dptle tgk aril af7 kuar. Now tgh layan selangor vs kelantan. Sape ek yg akn menang? Tunggu...

Jumaat, April 24, 2009

KANDUNGAN ANGGUR / MOLAR


SUMBER : LAMAN WEB DR.HAMID ARSHAT


Kelolaan Siti Zarinah Husain


SUBHEAD : Di dalam diri setiap manusia ada syaitan dan jin berkeliaran dalam darah. bagi wanita, tumpuannya di dalam rahim.

HEADING : Kandungan anggur (molar pregnancy)

Oleh : Prof. datuk Dr. Hamid Arshat
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan

Apabila seseorang itu disahkan mengandung pastinya bagi yang amat mengingini kelahiran cahayamata akan menyambut berita itu dengan perasaan gembira. Naluri seorang bakal ibu tentunya mengharapkan agar kandungannya sihat sehingga tiba waktunya bersalin.

Begitupun, ada kalanya kandungan yang diharapkan selamat dilahirkan, tetapi tidak menjadi manusia, sebaliknya menjadi anggur pula. Fenomena sedemikian dinamakan sebagai 'mengandung anggur.' Anggur? Mungkin terbayang dalam fikiran segugus buah anggur di dalam rahim wanita. Di dalam perubatan perkara juga sebenarnya boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang aneh.

Kandungan ini dikatakan sebagai 'anggur' kerana tiada janin di dalam kandungan. Apabila dilihat melalui ultrasound, hanya kelihatan buih-buih sahaja. Buih-buih tersebut sebenarnya hanya mengandungi air. Jika berbalik kepada sejarah kejadian manusia, Allah menjadikan Nabi Adam daris egumpal tanah dan dimasukkan roh. Kemudian Allah menjadikan Hawa sebagai pasangannya dari rusuk kirinya.

Bermula dari itulah, manusia terus berkembang. Kejadian manusia seterusnya melalui wanita iaitu ibu, daripada nutfah atau air mani, bercantum dalam rahim. Kemudian nutfah akan diproses menjadi segumpal darah.

Apabila kandungan masuk bulan kedua ia bertukar menjadi janin dan kemudian alaqah. Selepas itu ia menjadi mugdah (bentuknya bagai segumpal daging dimamah). Ketika inilah ia melalui proses pembentukan organ-organ.

Kandungan di dalam peringkat alaqah, denyutan jantungnya boleh dikesan melalui proses scanning. Oleh kerana itu, apabila kandungan yang sepatunya sudah berada di peringkat alaqah tidak dapat dikesan denyutan jantungnya, ia bermakna mengandung anggur.

Kalau dikaji salah satu kelainan yang berlaku ini dari segi perubatan, baka kromosom dan gen daripada pasangan tersebut agak luar biasa. Kemungkinan sewaktu percantuman benih berlaku kerosakan. Kadang-kadang faktor pasangan yang terdedah kepada bahan kimia atau racun atau gas tanpa disedari boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Begitu juga akibat jangkitan kuman virus yang tidak dikenali. Ada andaian mengatakan ada makhlus halus menganggu manusia ketika pencatuman benih. Oleh kerana itu sewaktu bersetubuh, digalakkan mengikut sunnah Rasullulah saw dengan membaca doa terlebih dahulu. Di dalam diri setiap manusia ada syaitan dan jin berkeliaran dalam darah. Bagi wanita, tumpuannya di dalam rahim.

Di kalangan wanita yang mengandung anggur, mereka tetap mengalami loya dan muntah. bahkan kadang-kadang pengalamannya loya dan muntah lebih teruk dari biasa. Oleh kerana itu, apabila mengalami kelewatan haid daripada biasa, digalakkan untuk melakukan ujian air kencing. Kini peralatan mengadakan ujian air boleh dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan 'home-test' yang boleh dibeli di farmasi.

Sekiranya melalui ujian ultrasound mendapati tiada janin di dalam kandungan, ujian air kencing juga perlu dilakukan. Kebiasaannya dalam ujian air kencing mendapati hormon BHCG meningkat dalam darah. Keadaan sedemikian perlu diawasi kerana risiko terdekat ialah pendarahan paling banyak dan melimpah boleh mengancam nyawa. Bagi wanita yang megandung anggur, rawatan yang perlu dilakukan ialah melakukan D&C. proses D&C juga perlu dilakukan sebanyak dua kali. Rawatan D&C kali kedua dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari rawatan pada kali pertama.

Proses D&C ini perlu dilakukan sebanyak dua kali kerana sel-sel kehamilan anggur berpotensi menjadi kanser rahim Chorio carcinoma. bagi mereka yang pernah mengandung anggur, antara 5 hingga 10 peratus daripada mereka boleh mendapat kanser jenis ini.

Selepas melalui proses D&C pada kali kedua, pusingan haidnya perlu diawasi. sekiranya kedatangan haidnya tiada selepas itu, ia akan membahayakannya, kemungkinannya ditumbuhi kanser tersebut. Ketika itu ujian air kencing dilakukan, keputusannya akan positif. Ujian darah boleh dibuat untuk memastikan hormon BHCG tiada dan sel-sel kehamilan anggur juga tiada.

Suatu ketika dahulu sekiranya seorang yang pernah mengandung anggur da dirawat sebaik-baiknya dua tahun selepas itu baru boleh mengandung semula. Namun kini selepas 6 bulan sudah boleh mengandung semula. namun sebelum mengandung, pihak doktor perlu memastkan hormon BHCG dan sel-sel kehamilan anggur sudah tiada. Namun jika kanser Chorio carinoma ini berlaku, ia boleh diubat dengan menggunakan ubat methrotrexe berbanding kanser jenis lain yng memerlukan kimoterapi.

SEBENARNYA KEHAMILAN ANGGUR BOLEH BERULANG SEMULA, NAMUN PENCEGAHAN BOLEH DILAKUKAN. ASID FOLIK ANTARA 5 HINGGA 10MG PERLU DIAMBIL DALAM TEMPOH TIGA BULAN SEBELUM KEHAMILAN UNTUK MENGELAKKAN KEHAMILAN ANGGUR.

...................................................................................................

Assalamualaikum....

Hai uols

Hari ni sy nak share dgn semua tentang kehamilan anggur / molar. Sebelum ni sy pernah dengar tentang kehamilan ini tp sy tak tahu bagaimana & macamana perkara ini terjadi. Paling penting kesan di atas kehamilan anggur / molar ni.

Hinggalah hari ahad lepas sewaktu sy di rumah in law, mak yan en din datang umah in law. Dia pun bercerita lah kisah anak sulungnya iaitu kak ana yg katanya mengandung. Selama 2 bulan kak ana mengandung, kak ana mengalami mabuk yg amat teruk sampai kan tak leh bangun, tak leh nak menguruskan rumahtangga & tak leh nak layan anak sulungnya yg sedang lasak waima nak mandikan anaknya juga. Sebab tak tahan sangat, kak ana suh mak yan datang amik dia kat umah dia di rawang. Dan sebab tu juga, kak ana minta dihantar ke hospital. Tak silap sy mula2 doc masukkan air tp bila doc scan & check bagai, doc dapati kak ana mengalami kehamilan anggur / molar. Rawatan yg kak ana terima spt artikel di atas. Sekarang ni kak ana perlu amik darah tiap2 minggu utk pastikan hormon tu tiada padanya.

Sy doakan & berharap agar kak ana cepat sembuh & sy doakan moga dia sekeluarga dimurahkan rezeki utk menambah cahayamata.

Khamis, April 23, 2009

Anak Jiran Pulak...

Ingat tak sy pernah citer tentang jiran sy yg selamat bersalin tetapi anaknya ada masalah skit. Jumaat lepas baru sy & en din dapat menziarahi mereka sekeluarga. Teruk kan? patutnya jiran yg sampai dulu. tp jiran zaman sekarang agak moden skit, hihihi. memang sy ada alasan tersendiri tp malas sy nak citer. apapun janji kami pi ziarah mrk kan....

Alhamdulilah, anaknya yg baru lahir ni dah okey. Ketumbuhan yg ada tu (ekceli kat gusi bukan kat lelangit) dah di operation. Comel & cantik anaknya. Tp gambar baby tu sy tak amik pun. Lupa nak bwk kamera.


Anak sulung ida & fauzi, faiz mengikut sy balik umah. Faiz ni bukannya takut dgn org. Ayah dia kata, selalu je dia dok ketuk umah sy kononnya nak masuk. Tp kami ni jarang ada umah. Jadi bila ada peluang, suka lah dia. Tak payah sy ajak, dia dah menonong berlari ke umah sy. Sy pun suka je melayan, dah lama budak2 kecil tak dtg umah sy. Puas neneknya panggil dia balik tp dia tak mahu. Siap nangis2 lagi....



Biasalah kan...bila bergambar dgn budak2, org tua lebih over dari budak tu... :)



Tempahan bunga telur sy dah siap, konon nak tunggu pic dari kamera kak ita. Kata kamera dslr kan, haruslah pic nya lebih cantek tp lambat pulak jadi sy letak je lah pic kat atas ni tp yg kat atas ni lom siap sepenuhnya, reben & net tak pasang lagi.

Rabu, April 22, 2009

Cat Baru

Lastly sy dpt jugak tukar cat umah sy
setelah sekian lama hajat tu tertangguh
bukan apa, sy tau sy agak terkial-kial skit dlm bab2 ni
kalu wat tu tak pernah nak abis sekali jalan

Tp tadi mujur lah kak riz ada membantu
Now tinggal nak touch up mana yg patut :)




Selasa, April 21, 2009

deco blog

korang layan kan dulu umah sy yg sedang bersepah ni ye

sy ni memang gini, wat keje sekerat jalan :/

Isnin, April 20, 2009

Berita sedih itu datang lagi :(

Assalamualaikum....

Baru seminggu nenek meninggal dunia, tp maghrib tadi kami menerima berita duka ini lagi. Akhirnya pak anjang menghembuskan nafas terakhirnya. Tergamam kami menerima berita itu. Baru semalam MIL bgtau pak anjang dah sedar. Tp sudah takdir Allah, pak anjang pergi dengan meninggalkan isteri dan tujuh anak2 yg masih kecil. Terasa sgt kesedihan itu. En Din pun lebih merasakannya.... Tak sangka kepulangan pak anjang ke kampung masa arwah nenek meninggal adalah kepulangan buat selama-lamanya.

Jenazah pak anjang akan dikebumikan esok pagi, InsyaAllah.....

Al-Fatihah......

Sabtu, April 18, 2009

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2009

Sy rasa ada yg tahu ada yg terlepas pandang. Jadi sy nak share dgn uols yg pesta buku sudah bermula sejak semalam lagi. Bg peminat buku imiah, fiksyen, novel & sebagainya tentu takkan lepaskan peluang ni. Sy juga tergolong dlm golongan itu. Minggu ni sy tak sempat nak pi, ada keje yg nak siapkan then perlu attend kenduri ahad ni. Lgpun dah tengah bulan, jadi uols pepaham je lah masalah utama sy ni ye....hihihi

Apapun sy dah wat perjanjian dgn En Din supaya dia bawakkan sy ke sana next week. Byk buku sy nak beli terutama utk adik2 sy yg masih bersekolah terutamanya Jihah yg baru naik tingkatan 4 awal tahun ni.

So uols, apa tunggu lagi, jom kita ke pwtc..... :)

Jumaat, April 17, 2009

AWARD serta kisah2 itu

Dari ayusyaida


Thanks ye ida bg award ni pd niza. Ida ni pun mcm sy juga. Masih lom ada rezeki utk mendapat zuriat. Saling berkongsi kisah, usaha & pengalaman.







Nak selitkan sikit citer sehari dua ni......

Pak Anjang En Din yg masuk icu minggu lepas masih tak sedarkan diri. Tak silap sy dah 3x operate kot. Asalnya pak anjang ada sakit kencing manis & ada tumbuh bisul kat kaki & tgh belakang badan. Yg kat badan tu dia ingatkan kayap so dia biarkan aje. Lama lah jugak dia hidap. Masa ari arwah nenek dikebumikan, memang nampak dia lesu aje. Bila pi hospital dia kene tahan. Lepas tu bacaan darah & air kencing tak leh nak baca, terus dia dimasukkan dlm icu & operate. Yg kesiannya, pak anjang sekeluarga duduk kat KL. Jd ahad lepas mak anjang terpaksa balik KL dulu utk uruskan anak2 sekolah. Tak pasti siapa yg jaga pak anjang, mybe makcik pakcik yg ada kat kampung kot gilir2. Mybe mak anjang pun ada ulang alik KL-MLK sepanjang minggu ni.

Teringat sy pd arwah pakcik sy iaitu adik kpd mak sy yg meninggal akibat sakit kencing manis. Beberapa bulan sblm dia meninggal, pakcik sy dipindahkan dari hospital kubang kerian ke hospital melaka atas beberapa sebab. Tp isteri & 6 orang anak yg masih kecil masih di kelantan krn sekolah & isterinya mengajar. Tak tahu nak gambarkan betapa sedihnya situasi pakcik sy yg menanggung kesakitan, rindu pada keluarga & dm masa yg sama semangat nak pulih tu masih kuat. Pihak isterinya pula, nak menguruskan 6 org anak serta perbelanjaan mereka, rindu pd suami begitu juga anak2 Nak jenguk tempatnya bukan dekat2. Kalu naik bas, pikir camana nak handle anak2 yg ramai, bwk kete pikir pulak duit minyak, makan minum lagi. Penat lagi. Rumah sy jadi tempat sedara mara berkumpul krn dekat dgn hospital. Dua hari sebelum dia meninggal sy ada balik mlk. Sy hampir2 tak sempat nak melawat dia kat hospital masa ari sy nak balik semula ke KL. Tp Allah kuatkan jugak hati sy krn siapa sangka tu lah pertemuan kami yg terakhir. Tanpa sy sedar itu tanda2 dia nak pi, sy hampir tak kenal arwah. Wajahnya lain sgt. Terlalu cengkung. Kebetulan waktu sy melawat dia tak de sapa yg jaganya coz pakcik sy yg jaganya balik ke umah utk salin baju. Hinggakan sy keluar semula dari biliknya dan pi tanya pd nurse betul ke itu arwah. Bila nurse kata ia, meleleh air mata sy. Sy agak rapat dgn arwah krn sikp arwah suka berlawak. Semua anak2 buah senang dgnnya..... Akhirnya sehari lepas sy balik KL, dia pun pergi tanpa anak & isterinya di sisi di mana mereka semua dlm perjalanan balik ke Melaka...... Bulan 5 ni genap 3 tahun arwah pergi. Hingga saat ini, sesekali isteri arwah masih terbau2 perfume kegemaran arwah di dalam bilik tidur mereka.

AL-FATIHAH.....

Panjang pula citer sy kan... tadi kata citer sehari dua,hihihi.... ye lah tetiba terkenang kan.... :( teruslah citer skali

En Din sy pulak, semalam spt biasa dia kene anta wife bos dia pi mengaji kat umah DS Najib. Lps anta dia pun pi lah mkn & masa nak pi balik amik wife bosnya dia eksiden tanpa melibatkan kecederaan dgn toyota alphard (betul ke eja nya?) coz toyota tu sibuk nak mencelah tp mamat sy tu pulak dengki tak mahu bg masuk coz katanya kete tgh banyak. Sekali tu ntah mcmana leh tercium pulak belakang toyota tu. Ha...amik ko! dah lah bwk kete bos, perdana v6. Mujur bosnya tak kata apa tp sy lak over risau. Yo lah, mana tau kene tolak gaji ke kan.... Tak pun kene saman ke coz katanya langgar belakang. driver toyota tu pun bwk bos jgk, pun panik tp bos dia kata suh report polis je. Tengah ari tadi En Din kol sy, katanya dah pi report tp sarjan yg handle kes tu tak de pulak. Mybe leh settle tp dia perlu jumpa sarjan tu, so kene dtg 2 ari lagi. Sy pun doa moga2 kes ni tak berpanjangan. Tp sy syukur sgt coz En Din tak de apa2, tu yg penting kan.....

Khamis, April 16, 2009

Bila Jejari Kasar En Din Menari


Semalam kan episod akhir Mertua vs Menantu kat astro prima. Sy minat citer ni tp selalu terlepas waktunya, so sebab semalam akhir, awal2 lagi sy dah set kan reminder kat hp.
Minggu ni jugak balik dari keje sy terus dok mengadap bunga dip ni. En Din pun balik dari keje dlm kul 8.30-9.00 malam dgn bwk bekalan makan malam :) Tak sempat sy nak masak coz kene siapkan bunga ni dlm minggu ni jugak. Lepas makan En Din akan dok sebelah sy menonton tv. Sy pulak sambung buat keje2 bunga ni. Semalam tetiba dia minta sesuatu dgn sy. Permintaan dia yg pada mulanya sy ingatkan memain tp rupanya bersungguh-sungguh. Uols tahu apa yg dia nak?


Haaa...ni dia.....
v
v
v
v




Masa En Din mula nak cantum tu terdetik dlm hati sy, mesti keja yg dia tgh buat ni akan terhenti separuh jalan je. Mesti dia kata.... "nah lah mama, papa tak leh nak buat!!! Mama abiskan ni..."

Tengok tu, bersungguh-sungguh En Din berusaha.
Tp kan, sangkaan sy meleset.
Hasilnya.....
v
v
v
v

TADAAA.... Akhirnya dia berjaya cantumkan kelopak2 tu dgn cantik. Sy sendiri terperanjat. Tak sangka dia mampu buat. Agaknya selama ni dia dok sebelah sy sambil tgk tv tp matanya sempat jeling jeling apa yg sy buat kot. Sy pun puji lah dia melambung, kagumlah kononnya. Sib baik suar dia tak koyak. Tp sy ikhlas tau puji dia coz memang cantik dia pasang kelopak2 tu.

Bila dah kene puji, bukan takat sekuntum je yg dia buat tp sampai lima kuntum. Sib baik dah lewat malam, so mata dia pun dah tak tahan nak tido.

Ari ni sy nak minta tolong dia buat lagi.... :) Tinggal sikit je lagi...

Isnin, April 13, 2009

Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad

Assalamualaikum semua...
Sy dah balik dari kampung. Sampai putrajaya dlm kul 8++ malam. Ikutkan leh sampai lebih cepat tp ujan lebat sangat beserta byk sgt eksiden langgar bontot menyebabkan laluan tak berapa lancar. Cewaahhh!!! ada gaya penyampai info trafik pulak yer... :)
Nak citer skit kejadian dari ari kamis lepas. Sy sampai dari genting ke opis dlm kul 3.30petang. Tp sebab nak menumpang opismate balik, kene lah tunggu suaminya amik dalam kul 5petang. Sebelum tu En Din ada kol bgtau yg neneknya nazak. Tak sempat sy turun dari kete, En Din kol lagi. Dlm hati sy dpt agak napa dia kol sy, bila sy jwb nyata apa yg sy fikir benar. Nenek dah meninggal...... Lalu En Din suh siap2 kemas kain baju. Dlm kepenatan, sy gagahkan jugak. Memikirkan baju apa yg nak bawa, berapa helai, duk sampai bila??? Teringat kain baju dari genting yg tak berbasuh. Teringat jugak kain baju En Din selama sy tak de, sure kain bajunya dia tak basuh walaupun dia duk umah mak dia kerana dia tak mau menyusahkan family kat sana. So bertimbun-timbun lah kain baju kotor. memang pikiran tak berapa nak waras time tu, berapa kali duk termenung pandangkan beg baju pi genting & beg baju yg nak balik kampung ni. Masa En Din kol lagi, sy tanya nak bwk baju utk berapa ari? Bila En Din kata sampai ahad, mulut sy dah senyum melebar coz dia kata lepas family dia balik KL jumaat tu kami akan balik ke umah family sy di batu berendam. Terus sy leh buat keje dgn tenang... hahahaha...poyo je kan?! Ye lah, dah alang2 balik melaka kan, terus lah lajakkan sekali. Lgpun utk bulan april ni kami lom balik lagi. Kata perjanjian sebulan sekali balik umah family sy kan...??? Bukannya jauh pun, takat KL-MLK..... Kalo banyak songeh harus sy dush dush En Din, hihihi
Membuatkan sy lebih tenang buat keje bila En Din kata jenazah nenek dikebumikan pagi jumaat tp itu tak bermakna kami leh melengah-lengah kan masa kan. Nanti apa pulak kata sedara mara yg lain. Even arwah adalah nenek tiri En Din, tp hubungan keluarga tetap baik & rapat. Sampai kampung dlm kul 10.30, terus pi umah arwah nenek. nak dekat kul 12 malam, En Din anta sy balik chalet family dekat2 umah arwah nenek jugak & En Din balik semula ke umah arwah nenek sampai kul 3 pagi baru dia balik tido. Ni 1st time sy tido kat chalet tu coz kami semua malas nak balik umah 'tinggal' mertua. Ye lah, dah balik nanti banyak pulak bende nak dikemaskan. Kata umah tinggal, balik pun hanya kejap je kan...
Sebab ari jumaat jadi kebumi pun nak kene awal. Lepas kenduri tahlil, family mertua sy pun bergerak balik ke KL & kami lak ke batu berendam. Sebab mak ayah tak balik dari niaga lagi, kami singgah kedai mak kat MITC. Kebetulan dekat situ ada perasmian MYDIN baru yg terbesar di Malaysia. So, sy pi lah juga mencuci mata. Tp kejap aje, tak larat nak bersesak walaupun MYDIN tu punya lah besar.
Tiba ari Sabtu, sedang kami makan malam En din dpt kol mengatakan yg Pak anjang nya masuk icu hospital melaka. Pak anjang adalah salah sorang anak arwah nenek...
Sy suh En Din pi hospital segera coz tak de lah jauh sgt pun umah mak sy dgn hospital tu, dlm 10minit je.Sy lak tak ikut dia coz masa tu baru nak makan + lagi pun sy nak siapkan bunga dip (alasan!). Sy pikir esoknya baru lah sy nak pi lawat. Tp mujur sy tak ikut tau, dia tunggu pak anjang sampai abis operation. Nak dekat kul 2pagi baru dia balik. Dugaan kan, bila datang tu bertimpa-timpa. Mertua sy balik semula ke melaka pagi ahad tu. Mujur kami masih lagi di melaka.
Okey lah, abislah kisah ari kamis sampai la ari ahad. Sekarang ni terbayang di mata sy, kain baju yg tinggi menggunung.... Aduhai....berapa ari lah baru leh abis membasuh tu coz ampaian umah sy sungguh terhad ruangnya. Dah tu larangan menyidai di koridor dah diperketatkan. Jadinya sbg penghuni kuarters, haruslah ikut undang2 kan. Nanti tak pasal2 kene halau. Tp sy jarang sidai baju kat koridor apatah lagi time tak de kat umah.... Tp kesian gak kalau penghuni tu ada anak2 yg ramai kan...kain baju mesti banyak walaupun basuh ari2. Tp dengarnya pihak bph ada inisiatif tersendiri utk selesaikan masalah ni...
***Wink!Wink!Wink! Tetiba ada idea utk jemur baju dlm umah. Nanti buka lah tingkap besar2 biar angin masuk & baju2 yg dijemur dlm umah haruslah dari material yg nipis2. Okey kan..???

Khamis, April 09, 2009

al fatihah

sy baru je sampai dari genting petang tadi.
then terima berita kematian nenek kepada en din.
sekarang sy dlm proses mengemas baju utk balik mlk pulak.
baju2 kotor di genting pun tak sempat nak basuh.

sy duduk di melaka sampai ari ahad.

nanti kita jumpa lagi di layar ini ye.... :)

Ahad, April 05, 2009

Hari Ahad + Persiapan Ke Kursus

Assalamualaikum semua...

Lately ni tak sempat nak update blog, sy sibuk skit nak abiskan tempahan bunga dip, tarikhnya pun makin dekat. Ari ni En Din ada jemputan kawen di Pedas. Tp sy tak ikut, dia pi dgn kwn2 kejenya. Sy pun banyak keje nak dibuatnya. Antaranya :

Mencelup rangka bunga lily dgn dip. Tak dpt nak abiskan mencelup coz dip nya dah abis. K ta pi carik lagi tp tak dapat coz kebanyakkan kedai, dip merah kehabisan stok. So, terpaksa ditangguhkan lagi.

Kemas beg. Esok sy nak ke kursus di Genting. Sekali lagi En din ditinggalkan di umah in law. Oleh sebab sy dijangkakan akan diziarahi kwn baik semasa di sana jadi byk benda yg perlu dibawa. Kebanyakkannya kene bwk lebih dari biasa. Tak lupa juga dgn ubat-ubatan, sy risau if sy dilanda pms yg teruk. Sy agak fobia/trauma dgn kesakitan yg pernah sy alami 2 bulan lepas. Jadi tak salahkan if sy sediakan payung sebelum ujan. Dah la nak pi tempat org. Ni pun sy sudah rasa simptom2nya.





Sebelum En Din pi kenduri kawen tadi, sy sempat pesan suh dia balik awal skit coz sy nak pi alamanda utk cari sandal. Kebanyakkan sandal sy dah uzur bebenor. Memang tak selamat nak dibawa ke genting. Mujur ada yg berkenan & mujur ada less 50%, jadi harganya mampu dimilikki. Mybe ada yg kata mcm kasut org tua, tp acik tak kisah. Janji kaki acik selesa nak pakai & jalan.



Utk menyenangkan En Din, sy dah siap2 gosok uniform keje nya. Boleh terus angkut pi umah mertua sy. Seluar2nya pulak dia dah siap gosok (sy memang failed nak gosok seluar yg ada line2 ni). Tak tahu lah dia nak angkat seluar tu je ke atau dia nak gosok yg lain masa kat umah sana.




Nak jgk tunjukkan yg ni, walaupun bukan yg ori & sy pun tak mampu nak pakai yg ori. Tp sy tak kisah even kalu ada org nak kutuk bagai kan.... Sy beli ni pun bukan sebab nama nya. Tp sy suka akan saiz & designnya. Memudahkan sy meletakkan bermacam-macam bende dlm ni. Ni antara purse yg paling mahal yg pernah sy pakai. Tak mampu sy nak pakai lebih dari harga yg ini. Nak bayar yg ni pun terkemut-kemut, hihihi... :)




Owh! Lupa lak sy nak dedikasikan ucapan selamat hari lahir buat adik bongsu sy yg tersayang, Nur Aina'a Najwa yg ke 11 tahun pada 030409 yg lepas. Bila sy balik melaka nanti, kene lah tunai kan janji nak belikan dia kek. Budak2kan excited dgn kek, tp tak pe lah. Layankan aje la...

Eerrmm... ok lah dulu buat masa ni. Maknanya blog sy tak akn berupdate sehinggalah sy kembali dari kursus pada ari kamis nanti. Kalau ada picas yg menarik semasa di sana, akan sy update nanti.
tadaaaa.... :)

Khamis, April 02, 2009

Hepi 4th Anniversary

Hari ini 02/04/09, adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yg ke 4. Sekejap rasanya masa berlalu, seakan terasa baru lagi kami diijabkabulkan. Alhamdulilah, hingga saat ini sy masih merasa kebahagiaan hidup sebagai isteri kepada En Din walaupun macam2 dugaan & cabaran dlm rumahtangga kami. Tiada harapan yg meninggi gunung melainkan rasa cinta kami yg diharapkan kekal & mekar sepanjang masa. Dan moga impian kami yg 'satu' itu akan dimakbulkan Allah hendaknya. :)

Pagi tadi wish pada En Din...

Me : Papa... Hepi Anniversary!!! ;)

En. Din : Bila?

Me : Ari ni la!!! Ha..lupa lah tu, apa lah papa ni...

En. Din : Owh! Bukan semalam ke....???

Me : (Sambil buat muka tak puas hati)

"Kalau dah tahu semalam, nape tak pulak wish ari semalam kan...?

Ha!! saje lah tu. Yg sebenarnya memang dia lupa"

*** Slmt Hari Lahir buat Ibu Mertua sy yg jatuh pada hari semalam, 010409.

Rabu, April 01, 2009

Jiran sy dah selamat bersalin

Tadikan, sy kol en din coz ada perkara yg nak dibincangkan.
En din kata, jiran sebelah umah kami (Fauzi) baru je kol dia utk bgtau yg wife nya (ida) dah selamat bersalin baby kedua iaitu girl pd isnin lepas. Alhamdulilah, dpt mereka sepasang anak. Si kecil Faiz pulak dah jadi abang long.
Tp kan sebalik berita hepi ni....
^
^
^
ada berita sedih jugak coz baby nya tidak sihat....
Ada ketumbuhan di lelangit baby nya
Now baby ada kat icu hospital putrajaya
Allahuakbar..... sedih ati sy mendengarnya
Tak tahu & tak terluah dgn kata kata
Yg menanggungnya lagi tak tergambar perasaan
Apapun sy harap fauzi & ida bykkan bersabar
InsyaAllah ada jln utk mengubatinya
Sy dan En din sedang berusaha mencari masa yg sesuai utk melawat
Sy tak kisah coz memang waktu keje sy opis hour
Cuma En din lah, waktu keje nya lebih dr opis hour
Tp sy dah suh dia cuba curik2 masa utk balik awal
Nak tunggu weekend mcm lambat lak kan
Anyway, tengoklah mcmana nanti....